“Kau sindir dia?”, Suraya mengangguk.
“Kau tak kisah ke kalau-kalau dia kecik hati ke?”, Suraya geleng kepala.
“Halaaaa....kalau setakat sindir macam tu pun nak kecik hati. Buang aje bin dekat nama tu. Benda macam tu bukan lah sensitif sangat. Biar padan sikit dengar muka dia tu. Biar dia tau cara-cara nak berbual dengan perempuan macam mana”,
“Eleee sekarang ni kau boleh la berlagak Sue. Sebab dia tak kenal kau cuma dengar suara aje. Cuba kalau dia kenal. Aku rasa mesti kau takut nak tengok muka dia”,
“Kalau kenal pun aku apa peduli”, Suraya menjeling pada Aina. Aina jungkit bahu. Tiba-tiba matanya mengenyit-genyit pada Suraya. Suraya yang kebingungan, muka berkerut seribu.
“Apa kena kau ni?”, Aina tersengih sambil muncung di hala menunjukkan seseorang dibelakang Suraya. Suraya menoleh. Wan Adli!
Terasa perutnya kecut. Wan Adli menuju ketempatnya sambil membawa satu kotak bin yang penuh dengan board reject. Ditarik kerusi berdekatan dengan Suraya. Dikeluarkan semua board dan disusun satu persatu di atas tray merah. Sesekali matanya memandang pada dua gadis dihadapannya. Senyum menguntum dibibir. Suraya kaget. Apa Wan Adli buat kat sini?. Isk! Aku pun bodoh dah tentu la tempat ini untuk tempat untuk merepair board. Wan Adli kesini untuk repair board reject. Aina tersenyum melihat Suraya kelu seribu bahasa. Aina lantas bangun meninggalkan Suraya yang masih dalam keadaan kaget. Suraya menoleh, Aina dah blah...mana pulak minah ni pergi?. Suraya bingung. Jikalau berhadapan dengan Wan Adli, dia akan mati akal. Tangannya memegang solder iron untuk memulakan kerja, dengan hati-hati di tekan mata solder iron pada part yang telah diletakkan solder dan tanpa sedar mata solder iron jatuh menimpa tangan.
“Aduhs!”, Suraya terjerit. Part yang dipegang tadi tercampak entah kemana.
“Kenapa?”, Wan Adli yang sedari tadi memerhati terus menghampiri Suraya. Suraya kecut. Kenapa lah mamat ni baik hati sangat nak tolong.
“Err its ok...takde apa-apa sikit je ni ”.
“Sure!”, Wan Adli merenung wajahnya. Suraya angguk. Dia tak mahu lelaki itu risau. Dibelek tapak tangan ada kesan melecur sebesar jari. Arghhhh!! sakitnya jeritnya dalam hati. Lelaki itu berlalu meninggalkannya dan kemudian datang semula membawa ubat sapu. Dihulurkan pada Suraya yang sibuk menelek tangan. Suraya tergamam di sambut ubat sapu dan senyum. Aku ingatkan di hilang tadi sebab pergi toilet atau ke mana-mana. Tapi rupannya di ambilkan ubat untuk aku.
“Thanks!”, Wan Adli senyum. Disambung semula kerja yang terbengkalai. Diperhatikan lelaki itu berlalu kemudian perlahan-lahan disapu ubat pada kesan melecur. Baiknya dia tak seperti yang aku gambarkan. Betullah kata orang bahasa tak mencerminkan sifat keseluruhan. Besok aku nak call dia lah.
Ditenungnya handphone ditangan dan tanpa lengah dipicit nombor telefon Wan Adli. Talian bersambung...
“Assalamualaikum!”, lembut suaranya menyapa
“Waalaikumsalam”, Suraya tersenyum.
“Kenal saya?”, soal Suraya menduga.
“Hemm..may be kenal. Apa khabar?”,
“Baik! Apa cerita?”,
“Cerita biasa. Pergi kerja balik kerja, makan tidur, tu je la”, Suraya mengekeh, buat lawak pulak dia nih.
“Itu yang biasa. Yang luar biasa tak ada ke?”,
“Emm so far yang luar biasanya, hari-hari berfikir macam mana la rupa awak”,
“Pardon me?”, Suraya menekapkan telefon lebih dekat dengan telinganya. Aku silap dengar ke. Dia guna bahasa ‘saya awak’.
“Berfikir rupa awak”, sekali lagi Wan Adli mengulang sebut.
“Saya?”, soal Suraya seolah kehairanan.
“Yup...awak la”, Suraya mengutum senyum. Dah berubah bahasa rupanya mamat ni.
Album gambar itu ditarik keluar dari dalam laci. Diselak satu persatu. Matanya terhenti pada satu wajah. Wajah yang dulunya pernah bertahta dalam hati. Wajah yang hilang tanpa khabar dan wajah yang mirip rupa Wan Adli. Suraya mengeluh...Zairul! ke mana agaknya dia berada sekarang?. Pertama kali melihat wajah Wan Adli, hatinya berdebar, fikirannya bercelaru. Betul ke yang dilihat itu Zairul. Tak mungkin Zairul ada disini. Di suruh hatinya bertenang dan pada Aina dia bertanya. Rupanya bukan Zairul tapi Wan Adli. Wajah mereka serupa dan hampir-hampir dia terlepas panggil Wan Adli dengan nama Zairul. Pintu bilik diketuk. Terkial-kial Suraya menyorokkan album gambar ke bawah bantal.
“Apasal lama sangat tidur ke?”,
“Tak lah tengah berangan”, Aina ketawa mengekeh. Dilihat bucu album gambar sedikit terkeluar dari bawah bantal. Aina tarik album dan diletak di atas riba.
“Kau ingatkan dia lagi ke?”, Suraya cuma menggeleng.
“Saja tengok gambar lama je”,
“Eleh jangan nak tipu la. Aku kenal kau bukan semalam Sue dah bertahun. Apa yang kau fikir pun aku boleh agak”. Suraya mengeluh. Aina sahabat karibnya memang tak boleh di tipu. Setiap tingkah nya pasti Aina tahu apa yang ada di fikirannya.
“Cerita lama Aina. Emm.. yang kau bertandang malam-malam kat bilik aku ni ada hal penting ke?”,
“Malam apanya baru pukul 9 lebih. Kau tu yang siang-siang dah bertapa dalam bilik ni. Aku nak bagi tahu kau pasal Wan Adli. Dari apa yang budak-budak cerita dia tu dah bertunang”,
“Betul apa yang kau cakap ni Aina?”.
“Betul la Sue, takkan aku nak tipu kau pulak”, Suraya diam. Diketap bibirnya bila mendengar berita yang baru di bawa oleh Aina.
“Kalau betul pun dia dah bertunang, itu bukan masalah aku”.
“Tapi Sue, aku takut kalau persahabatan kau orang ni boleh jadi lebih dari sahabat”,
“Takde la Aina, selagi aku kata kawan, tetap kawan tak lebih dari itu”,
“Aku cuma cakap je tapi selalunya itu lah yang akan terjadi. Aku rasa baik kau slow kan hubungan kau orang ni. Aku tengok pun dah lain macam je”,
“Lain macam, macam mana tu?”.
“Emm...kau sendiri boleh rasa Sue”, Suraya renung wajah Aina. Hubungan yang semacam. Iwan juga dah beberapa kali pesan dengan aku supaya jangan berlebih sangat. Entah lah! Suraya mengeluh, dirinya sendiri tak pasti apakah perasaan sebenar pada Wan Adli. Mungkin sekadar kawan je tak lebih dari itu.
“Macam mana ye nak kenal awak. Agaknya kalau berlaga hidung pun tak kenal juga”, Suraya mengekeh.
“Saya akan tutup mata dan dengar suara baru saya boleh kenal awak”,
“Serius ke nak kenal muka saya ni?”, dia cuba menduga lelaki itu.
“Serius la. Suara dah sebati dengan telinga tapi muka tak juga tahu macam mana”, Suraya diam. Kita dah selalu bertemu Wan Adli, cuma kau saja yang tak kenal aku.
“Betul ke awak dah bertunang”,
“Hello!”, sergahnya bila talian jadi sepi.
“Er ye..mana awak tau?”,
“Kalau dah minat semuanya kena ambil tahu”, kedengaran suara Wan Adli ketawa halus.
“Betul la tu”, Suraya terdiam. Entah kenapa perasaanya tiba-tiba sayu.
“Dah lama tunang?”, tanyanya lagi
“Lama la juga, ada la dekat 2 tahun”,
“Wow!...tapi kenapa sampai sekarang tak kahwin-kahwin”,
“Apa nak buat wak..pihak sana asyik bertangguh je. Takkan saya nak paksa pulak”,
“Habis tu bila lagi nak dilangsungkan?”,
“Saya ingat nak tunggu tahun depan je la senang. Saya pun baru je kerja kat sini. Confirm pun belum lagi. Kalau dah confirm senang sikit. Senang-senang dapat cuti kahwin seminggu lepas tu dapat pulak hadiah kahwin”, Suraya angguk. Memang betul la apa yang di kata Wan Adli. Dia punya perancangan sendiri. Suraya mengucap syukur. Sekurang-kurangnya dia ada masa 6 bulan lagi untuk dia mendekati lelaki ini sebelum dia menjadi suami orang. Ya Allah kau perkenankanlah hajat ku ini.
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment