Thursday, July 29, 2010

Yg Ku Mahu pt8

"Pintu pejabat berukir cantik itu diusap perlahan. Kakinya melangkah masuk kedalam ruang pejabat yang luas tapi sunyi sepi semacam tak ada penghuni. Betul ke alamat ni. Dilihat semula alamat yang tertera dalam surat. Betul la ni tapi mana orangnya, takkan hari ni cuti kot. Hari ni kan hari Isnin. Dia garu kepala yang tak gatal. Bibirnya menguntum senyum bila mana terlihat kelibat seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 an berjalan tersenyum ke arahnya.
“Maaf dik, akak pergi toilet jap tadi”, Suraya sengih. Aku tak tanya pun.
“Nak jumpa siapa?”, Surat yang berada ditangan diserahkan pada wanita yang membahasakan dirinya kakak tadi.
“Oo..nak lapor diri ye. Adik ikut jalan sana, lepas tu masuk ke kanan. Kemudian duduk dekat ruang menunggu . Nanti ada orang lain akan datang panggil. Bawa surat ni sekali”, Sesekali di kerling jalan yang dimaksudkan. Cepat-cepat dicapai surat yang dihulurkan kakak tadi.
“Terima kasih ye kak”, Wanita tadi tersenyum.
Jalan sini , belok kanan lepas tu duduk. Ermm..sunyi je office ni tak ada orang pun aku tengok .Yang baru aku jumpa pun kakak tadi tu. Itu pun nasib dia datang kat kaunter tu. Kalau tak tadi mau aku balik semula. Ha! ni kot ruang menunggu yang akak tu cakap tadi. Dilabuhkan punggung pada sofa berwarna hijau lembut. Matanya memerhatikan gambar-gambar yang bergantungan dan juga entah apa tulisan dan peraturan yang turut ada di dinding. Mungkin ini kerja dia orang kot. Dia bercakap sendiri. Sesekali dibelek majalah yang tersedia di atas meja. Alamak! Semuanya bahasa orang putih. Macam la aku faham nak baca.
“Cik Suraya”, Herk! Nyaris tercampak majalah yang dipegang. Begitu khusyuk dia membelek gambar dalam majalah sehingga tak sedar gadis bertudung itu berada disisinya. Gadis itu tersenyum. Mungkin tersenyum kerana pemurah atau mungkin tersenyum kerana riak terkejut aku tadi.
“Cik ikut saya berjumpa dengan Encik Faizal”, Dia tersengih. Faizal! Dahinya berkerut. Dicapainya tas tangan dan mengekori langkah gadis bertudung tadi. Mereka melalui ruang pejabat yang sibuk. Dua tiga pekerja memandang ke arahnya. Pintu diketuk. Kedengaran suara lelaki memberi arahan masuk dari dalam. Gadis bertudung itu membuka pintu dan mempersilakan dia masuk. Dipandangnya lelaki yang membelakanginya tekun menghadap komputer. Dia menoleh kebelakang. Mana minah bertudung tadi dah keluar ke?.
“Lapor diri ke?”, Lelaki itu bersuara tanpa menoleh kearahnya.
“Ye saya”, jawabnya gagap.
“Duduk la Suraya buat macam rumah sendiri”, dia kehairanan. Mana pulak mamat ni tahu nama aku. Dia tepuk dahi. Dah tentulah aku hantar borang kat sini dan mungkin dia yang dapat borang tuh. Lembap betul aku ni.
“Kau... Faizal?”, Sebaik lelaki itu memusingkan tubuhnya terus Suraya menerpa kehadapan meja. Hilang segala rasa malunya.
“Kenapa tak percaya ye”, Suraya ketawa sambil menggeleng kepala. Dia tak sangka akan bertemu lagi dengan Faizal. Disini ditempat dia akan memulakan hidup baru.
“So sekarang ni kat sini aku pegawai dan kau bekerja bawah jagaan aku. Kau kena ikut setiap arahan dan jangan buat keras kepala pulak”, dia ketawa. Faizal masih tahu dengan peragainya dulu keras kepala dan degil.
“Baik bos”, ketawa pecah berderai memenuhi bilik tersebut. Panjang lebar penerangan yang Faizal berikan untuknya. Aku tak keseorangan disini. Detik hatinya.



Matanya meliar mencari Faizal. Pengunjung restoran Utara itu bertambah ramai bila tiba waktu makan tengahari. Faizal melambainya. Disisi Faizal seorang gadis bertudung tersenyum manis padanya. Siapa agaknya perempuan tu?. Desisnya dalam hati.
“Sorry lambat, Shahril cari aku tadi”, dia bersuara sebaik saja menghampiri Faizal.
“Kenalkan Zulaika”, disambut salam gadis bertudung tersebut.
“Apa Shahril nak?”, belum pun dia melabuhkan punggung, keluar pertanyaan dari bibir Faizal.
“Pelan yang aku buat tu dia tak puas hati. Dia suruh aku buat semula. Ha! lagi satu dia suruh aku ikut dia pergi site besok”.
“Kat mana?”, Faizal bertanya lagi.
“Laa..kat Jalan Petaling la. Projek kita dengan Menara tu”, Faizal angguk, dahinya berkerut. Aku ada kenapa Shahril perlu ajak Suraya?. Seketika seorang pelayan datang membawa pesanan. Suraya mengerutkan dahinya bila sepinggan kuew tiaw kungfu diletakkan dihadapannya.
“Aku belum buat order lagi?”,
“Aku yang orderkan”, Faizal bersuara perlahan.
“Kau ingat lagi favourite aku”,
“Mana boleh lupa”, Mereka ketawa. Sekilas dia menoleh pada Zulaika yang dari tadi diam membisu. Baru dia sedar gadis bertudung itu seperti diketepikan. Dipandang Faizal, lelaki itu menyuap makanan. Kakinya mencari kaki Faizal, dapat..dipijaknya kaki Faizal. Lelaki itu mengaduh sambil menyelak alas meja memandang ke bawah meja. Matanya mengarah pada Suraya bila gadis itu mengeyit mata padanya. Suraya tersengih. Dikenyit mata sekali lagi dan mengerling pada Zulaika. Faizal turut sengih.
“Ika makan la”, Zulaika hanya tersenyum. Dari tadi dia memerhatikan gelagat Suraya dan Faizal. Dirinya seperti tidak wujud ketika itu. Dicapai sudu dan garfu.
“Suraya ni kawan lama I. Kita orang kenal masa sama-sama join kelab. Tapi kalau you nak tau dia ni masa dalam kelab paling glamour sebab ramai peminat”,
“Mengarut la kau ni”, Faizal ketawa.
“Aku cerita yang betul la”, Suraya jelir lidah.
“ So you all berdua ni dah lama la berkawan?”, Suraya pandang muka Faizal. Lelaki itu diam.
“Lama tu tak lama tapi lama la jugak”, Faizal sengih. Suraya kerut dahi. Apa la mamat ni jawap pun tunggang langgang. Zulaika disebelah hanya tersenyum.

“Special girlfriend ke?”, Matanya mengekori langkah Zulaika sebaik saja gadis itu keluar dari kereta Faizal.
“Biasa je”, Faizal menjawab sepatah.
“Ok la tu, kau nak cari yang macam mana lagi?”, soalnya lagi.
“Baru nak kawan la”,
“Jangan lama-lama nanti melepas”, katanya lagi seolah-olah cuba mengingatkan Faizal. Faizal tersengih, ingin dia ketawa bila mendengar Suraya berceloteh.
“Elee..kau tu cakap aku je. Kau macam mana pulak?. Dah terlepas?”, Suraya diam. Terbayang wajah Zairul kemudian Wan Adli...wajah itu bersilih ganti dilayar matanya.
“Zairi macam mana?”, Suraya diam lagi. Faizal hanya memandang gadis disebelahnya sekilas. Dibiarkan Suraya tenggelam dengan dunianya sendiri. Dia dapat melihat wajah itu keruh.

"

No comments: