Apa yang akan terjadi hari esok?. Kakinya menguis daun kering yang terlekat di hujung kaki. Sengaja dia mengambil cuti panjang untuk ke sini. Berbekalkan pengalaman bercuti bersama teman sekerja dulu. Kakinya sekali lagi memijak tanah hutan di bumi Pahang. Tasik Chini yang luas di penuhi bunga teratai berbagai warna memenuhi pandangan matanya. Di sekeliling tasik rimbunan pokok bakau memenuhi bumi tasik Chini. Air tasik yang tenang sedikit berombak bila sebuah bot pelancong lalu membawa penumpang. Kata makcik yang berniaga berdekatan tasik tersebut, pelancong akan dibawa mengelilingi tasik chini hingga ke hutan bakau, merentasi pokok tasik hidup yang menjulang tinggi. Matanya terlekat pada sekuntum bunga teratai putih yang tumbuh berhampiran tebing tasik...
Ingin sekali dia memetik bunga tersebut tapi dilarang dek penjaga tempat berkenaan. Entah apa sebabnya mungkin ada pantang larang agaknya. Suraya senyum sendiri. Kehadirannya di sini tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Najwa. Memang sengaja dia memohon cuti tanpa pengetahuan Zairul. Apa yang lelaki itu buat bila dia tahu aku tiada di sana?. Zairul?. Masih tergia lagi ditelinganya bagaimana bisanya mulut Najiha menuduh dirinya, bagaimana lembutnya suara ibu Zairul merayu supaya meninggalkan anaknya dan bagaimana syahdunya kata-kata Zairul berjanji tak akan meninggalkan dirinya. Semuanya cukup membuatkan jiwanya terseksa. Selepas peristiwa itu Zairul terasa macam orang asing untuk dirinya. Sedaya upaya dia menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Satu keluhan keluar dari bibirnya. Kita agaknya memang ditakdirkan berjumpa Zairul tapi bukan untuk berkasih seperti dulu. Najiha lebih berhak ke atas mu dan aku sendiri lagi, mungkin akan terus sendiri. Dipandangnya langit yang luas. Seketika wajah Faizal menghiasi matanya. Tiba-tiba hatinya di rundum sedih. Sejak Wan Adli hilang dari hidup, hanya Faizal tempatnya mengadu. Tanpa sedar perasaan sayang sebagai kawan itu berkembang hingga ke satu perasaan yang dirinya sendiri tak tahu bagaimana untuk diterangkan, yang nyata dia mengasihi lelaki itu walaupun Faizal tak pernah tahu. Tapi kasihnya lenyap ditelan angan bila Faizal menemui seseorang yang dia inginkan. Lelaki itu hilang tanpa khabar. Hilang membawa tempatnya meluah segala duka lara. Bahagiakah dia di sana sekarang?.
“Apa pun yang terjadi, kau tak akan kehilangan aku. Itu janji aku pada kau Sue”
Suara Faizal lenyap dibawa angin Tasik Chini. Faizal andai kau tahu siapa dihatiku sekarang, dapatkah kau terima hakikat ini. Hanya satu yang aku letak dihatiku..hanya namamu yang akan aku ukir di jiwaku....Faizal!. Maafkan aku. Jantungnya berdegup, diletakkan tangan ke dada. Ada kesedihan yang berkumpul di hatinya. Inikah dugaan?.
“Zairul cari kau”, suara Najwa kedengaran di interkom. Dipandang sekilas. Selang beberapa minit telefon berbunyi.
“Sue, masuk kebilik saya sekejap”, Tanpa menjawab gagang diletakkan. Lemah kakinya melangkah keluar dari bilik. Sampai dihadapan pintu besar, pintu diketuk perlahan. Suara Zairul menyuruhnya masuk.
“Duduk”, Suraya duduk, mulutnya masih membisu. Matanya memandang keluar tingkap.
“Awak kemana dua tiga hari lepas?”, soal Zairul.
“Balik kampung”, jawabnya sepatah.
“Kenapa saya telefon tak pernah dapat?”, dilarikan matanya dari bertembung dengan mata Zairul.
“Sengaja off hanphone”, Zairul diam. Geram hatinya melihat cara Suraya menjawab setiap pertanyaannya. Dia tahu Suraya menipu. Kalau betul pun Suraya bercuti dikampung, kenapa sewaktu dia datang kesana Rafeah ibu Suraya terkejut. Kata Rafeah, Suraya tak balik kesana.
“Awak sengaja melarikan diri dari saya kan?”, soalnya lagi.
“Saya mencari ketenangan, bukan melarikan diri dari awak”,
“Mencari ketenangan atau mencari rancangan bagaimana nak hilangkan diri dari saya?”, Dipandang wajah Zairul sekilas.
“Kalau itu yang terbaik untuk selesaikan masalah, saya akan buat”, sayu suaranya. Zairul duduk bersandar, satu keluhan keluar dari bibirnya.
“Masalah ini tak akan selesai kalau kita tak berbincang bertiga”,
“Saya tak mahu sakitkan hati perempuan lain Rul”,
“Tapi rasanya lebih sakit lagi kalau menipu diri sendirikan?”, direnungnya wajah Suraya. Gadis itu tertunduk diam. Suraya tak mahu bertentang mata dengan Zairul. Dia takut dirinya akan mengalah bila memandang mata lelaki itu.
“Kisah kita dah habis. Lupakan apa yang saya cakap dengan awak tempoh hari. Saya dah buat keputusan...Najiha lebih berhak ke atas awak”. Suraya bingkas bangun dari duduknya.
“Saya tak akan melupakan awak, walau saya mati sekalipun”, Langkahnya terhenti. Suara Zairul jelas menusuk ke telinganya. Dia tunduk disitu. Ingin rasanya dia menutup mulut lelaki itu agar jangan berkata sedemikian.
“Kita boleh membina angan Rul, tapi kita selalu terlupa. Setiap apa yang terjadi itu dah disuratkan pasti akan terjadi juga”. Diseka mutiara yang bertakung dimatanya. Tanpa menoleh memandang Zairul, Suraya hilang dari balik pintu.
Pintu pagar berwarna putih itu terbuka luas. Suraya senyum..kelihatan Seha keluar dari balik pintu rumahnya mengendong Lia yang berusia 4 tahun. Dalila yang berada di sisi Seha berlari kearah Suraya. Dipeluknya anak buah sulungnya itu erat. Rasanya hampir tiga tahun mereka tidak bertemu sejak peristiwa dia di halau keluar oleh Razuan. Along bertambah kurus bisiknya dalam hati.
“Apa khabar Along?”, Seha angguk dan saat dia memeluk Seha, wanita itu menangis teresak-esak. Suraya turut menangis. Rindu benar dia dengan kakak sulungnya itu.
“Abang Long ada?”, panjang lehernya memandang ke dalam rumah Seha. Bimbang juga kalau-kalau abag iparnya Razuan berada di rumah.
“Dia kerja..macam mana kau tahu rumah Along ni?”,
“Sarah yang bagi alamat. Kes dah selesai ke?”, Seha mengeluh.
“Along dah fikir balik. Along tarik kes tu semula. Along tak jadi berpisah dengan Abang Long demi Dalila dengan Lia. Abang Long kamu pun setuju tapi..”
“Elok la tu alhamdulillah..pasal orang Along tak perlu risau. Orang tak kisah kalau Abang Long masih bencikan orang janji along bahagia dengan hidup yang along pilih”, Seha angguk. Tiga tahun masa berlalu dan tiga tahun juga Suraya tak melihat pembesaran Dalila dan Lia. Sejak kisah dulu berlalu mereka hilang perhubungan. Dikampung mereka tidak pernah bertemu, Razuan akan mengelak dari bertembung dengan Suraya. Seha mengeluh. Direnung wajah Suraya yang pucat.
“Zairi apa khabar?”, Suraya tersentak. Dia diam seketika. Apa khabar Zairi dia sendiri tidak tahu.
“Kau tak ada contact dia semenjak bertunang ni?”, Sekali lagi Suraya geleng kepala.
“Cerita dah lama Along, orang bahagia dengan hidup orang sekarang”,
“Sayangnya dah lama berkawan, begini jadinya. Tapi mesti ada sebabnya kan?”. Suraya geleng kepala.
“Kami tak ada jodoh”, Seha mengeleng. Mudahnya Suraya menyelesaikan permasalahan. Dia tahu adiknya itu jenis keras hati dan bukan mudah untuk dia mengorek rahsia yang tersimpan kemas dalam hati Suraya.
“Siapa nama tunang kau tu?”,
“Faizal”, jawabnya sepatah. Tangannya masih lagi membelai rambut Lia.
“Ermm...macam mana dengan dia?”, Suraya tersengih. Rambut panjang Lia diikat menjadi tocang. Seha cuma memerhati.
“Bila nak lansungnya?”, Wajah Seha di pandang seketika.
“Ada jodoh tak kemana, betulkan along? ”, Suraya Sengih. Di main-mainnya rambut ikal Dalila menjadi tocang. Seha hanya mampu tersenyum. Entah apa yang bersarang di hati Suraya tak seorang pun tahu. Setiap kesedihan tak pernah terpancar diwajahnya hanya senyuman yang menghiasi hari-harinya. Seha mengeluh, dia tak perlu bertanya apa-apa lagi pada adiknya itu. Surat yang dijumpai tempoh hari cukup membuatkan dia tahu Suraya menanggung sesuatu. Sewaktu pulang ke kampung dia mencari sampul surat di bilik Suraya dan tanpa disengajakan dia terjumpa sehelai surat...surat perjanjian antara Suraya dengan Faizal.
Wajah emak, Sarah, Fazli dan Seha dipandang bersilih ganti. Emak bangun meninggalkan ruang tamu. Suraya binggung...apa yang dah terjadi.
“Along, kenapa dengan mak tu?”, Seha diam membisu.
“Kenapa semua diam ni?”. Sarah dan Fazli tunduk.
“Tadi ibu Zairul datang kesini bersama Najiha”, Suraya tersentak. Wajahnya berubah.
“Apa dia nak?”, Along diam. Pantas Suraya berlari masuk kedalam bilik mencari Rafeah. Rafeah sedang berdiri di tepi tingkap.
“Mak”, Rafeah diam. Dibiarkan saja Suraya yang berdiri disisinya.
“Orang minta maaf...orang janji dengan mak, tak akan sia-siakan harapan mak”, Rafeah diam. Gelap malam memenuhi pandangan matanya.
“Ikutkan saja kemahuan Najiha tu dan mak tak nak anak mak dibenci orang. Malunya mak bila dikata anak mak terdesak mencari suami. Merampas hak orang lain”.
“Mak..orang tak berniat nak merampas hak Najiha mak”,
“Kamu dah ada Faizal, kenapa kamu masih berkawan dengan Zairul. Atau kamu memang betul-betul dah terdesak sampai tak boleh tunggu Faizal balik”,
“Mak...”, Matanya bergenang. Andai orang lain yang berkata begitu ingin saja ditampar mulut yang berbisa tapi kini mak yang menyebutnya. Berhak ke aku memarahi mak?.
“Apa pun yang mak cakap orang saja yang tahu apa yang orang tanggung sekarang”.
“Tak habis kisah Along kamu sekarang kamu pulak yang bermasalah. Kamu tahu Zairul tu tunangan Najiha....apa yang kamu dah buat?”,
“Zairul cuma kawan sekerja mak..orang dah terangkan pada Najiha apa yang berlaku tapi dia tak nak percaya”,
“Kalau mak yang jadi Najiha..mak pun tak mahu percaya apa yang kamu kata”, Suraya terdiam.
“Kamu buat apa yang terbaik untuk diri kamu.Jangan sampai Makcik Zarina kamu tahu...mak tak mahu masuk campur”, Rafeah berlalu meninggalkan Suraya sendirian.
Matanya terasa pedih..pedih semacam apa yang hatinya rasakan sekarang. Nak diluah terlalu payah..nak dikata terlalu susah. Siapa yang memahami dirinya sekarang?.
Matanya memandang sebuah kereta yang berada dihadapan rumah. Macam kenal?. Dimatikan enjin dan perlahan menaiki anak tangga. Sebaik kakinya memijak pintu masuk, hatinya tersentak. Zairul! Kenapa dia datang ke sini?. Mak yang berada di hadapan Zairul cuma tersenyum. Dua biji cawan yang berisi air teh itu sudah tinggal setengah. Mungkin Zairul dah sampai lama ke sini.
“Sue ke mana?”,
“Rumah along”, jawabnya ringkas. Di atur langkah menuju ke sofa dan melabuhkan punggung di sisi Rafeah.
“Dah lama sampai?”, Mata Suraya tepat memandang wajah Zairul.
“Dari pukul lapan tadi dia menunggu kamu”, Rafeah mencelah. Zairul hanya tunduk. Rafeah bangun menuju ke dapur dan datang semula menatang sebiji cawan. Biskut di dalam piring sedikit pun tidak terusik. Suasana sepi seketika.
“Mak ke dalam dulu”, Rafeah bangun meninggalkan Suraya dan Zairul. Jika dia tidak ada di situ mungkin mereka berdua lebih bebas berbual.
“Kenapa ke sini?”,
“Kenapa..saya tak boleh ke sini ke?”, Suraya gumam. Di elus rambut yang jatuh ke dahi.
“Kita tak perlu berjumpa lagi. Saya dah buat keputusan dan keputusan itu muktamad”,
“Walaupun keputusan tu menyeksa hati awak sendiri?”. Matanya melihat wajah Suraya. Gadis itu tunduk memandang lantai.
“Lebih baik menyeksakan diri sendiri daripada hidup dibenci orang”, Perlahan mulutnya menyebut.
“Saya tak tahu mak dan Najiha datang kesini kerana hal kita”,
“Mak awak berhak buat begitu”,
“Tapi mak sepatutnya berbincang dulu dengan saya. Najiha juga perlu bersemuka dengan saya bukannya datang melulu berjumpa mak awak”, Dibiarkan lelaki itu bangun berjalan ke tingkap.
“Dah la tu saya dah tak larat nak cerita semua hal yang lepas. Awak terima saja kehendak mak awak..habis cerita”,
“Kenapa awak senang sangat nak mengalah. Awak sanggup kecewakan hati awak sendiri kerana jaga hati dia orang tu”,
“Saya dah ada tunang dan awak juga akan bertunang. Kita buatlah jalan hidup masing-masing”,
“Awak lupa ke yang awak bertunang atas perjanjian saja. Awak nak seksa hidup awak ke?”,
“Habis tu awak pula nak seksa saya paksa saya hidup dengan awak. Biarkan mak awak membenci saya. Biarkan Najiha memusuhi saya selama-lamanya. Awak nak saya hidup macam tu ke?”, Zairul tersentak. Suara Suraya yang halus tapi berbisa itu mengejutkannya.
“Tapi dia tak menyintai awak”,
“Tolonglah Zairul. Kalau cinta tu tak ada boleh dipupuk. Sama juga andai awak bersama Najiha. Awak boleh pupuk cinta awak untuk dia”
“Saya tak akan menerima Najiha dan awak juga saya percaya tak akan terima Faizal sebab dalam hati awak cuma ada saya”,
“Awak tak ada dalam hati saya dari dulu hingga sekarang ni. Tak akan ada..saya dah tetapkan Faizal akan bersama saya sejak mula kami bertunang lagi”,
“Saya tak percaya..sejak bila awak sukakan dia?”,
“Sejak saya dah kecewa untuk bercinta lagi”, Zairul mengelengkan kepala.
“Perjanjian tu tetap perjanjian dan saya masih berhak memiliki awak”, Zairul bersuara tegas. Suraya bangun masuk kedalam biliknya dan kembali semula dengan sehelai kertas ditangan. Kertas itu dicampakkan pada Zairul yang duduk dihadapannya. Zairul memandang sekilas..surat perjanjian antara Faizal dan Suraya. Pantas Suraya mengambil surat perjanjian tersebut. Dihadapan Zairul surat itu dipegang.
“Kalau surat ini yang menjadi penghalang antara saya dengan Faizal...dan andai surat ini menjadi punca utama keputusan awak tu”, Perlahan surat itu dikoyak hingga menjadi cebisan yang kecil. Zairul diam. Dia tak menyangka Suraya akan bertindak sebegitu.
“Kisah kita dah habis Zairul. Cinta saya untuk Faizal. Perjanjian hanya tinggal perjanjian. Kita berhak mengubah dan yang menentukan hanya Tuhan. Jika cinta untuk Faizal sudah berada dalam hati saya, saya berhak menerima dia kerana itu dah ditentukan”. Suasana sepi seketika. Zairul tunduk memandang lantai.
“Sama juga andai cinta untuk awak ada dalam hati Najiha. Dia berhak memiliki kerana ia sudah ditentukan”.
“Awak tak menipu diri sendiri Suraya?”,
“Andai saya menipu..biarlah saya yang sakit sendiri. Saya dah biasa kecewa”. Diseka matanya. Kesedihan yang datang ditepis jauh-jauh. Zairul bangun...matanya tepat memandang wajah Suraya.
“Andai dalam hati saya hanya ada cinta untuk Suraya...saya berhak kerana ia sudah ditentukan”, Di ambilnya kunci kereta di atas meja dan berlalu meninggalkan Suraya tanpa sepatah kata.
Suraya tunduk merenung kertas putih yang bertaburan dilantai. Satu persatu cebisan kertas itu dikutip dan dikumpulankan. Jiwanya sesak. Hatinya benar-benar teruja. Kalau dulu kehilangan Zairul masih boleh dihadapi tapi kini tidak lagi. Ketabahannya semakin nipis. Air matanya jatuh jua. Maafkan aku Zairul..maafkan aku.
Suraya terjaga dari tidur bila bahunya disentuh seseorang. Digosok mata yang berat menahan ngantuk. Sekujur tubuh Sarah sedang duduk di katil merenung dirinya.
“Ada apa Sarah..dah pukul berapa ni?”, Matanya mencari jam di atas meja. Dah jam tiga pagi. Apa yang tak kena dengan Sarah ni?.
“Kak Sue tadi Deli dpt panggilan dari mak dia”, Sarah terhenti bersuara.
“Hemm...apa kena mengena pulak dengan aku?”, Sarah masih lagi diam. Suraya binggung.
“Zairul accident!”,
“What?”, hampir terlompat Suraya dari katilnya.
“Kat mana dia sekarang? teruk ke? Bila dia accident...aku nak pergi tengok”, pantas Suraya bangun mencapai sehelai baju lengan panjang. Sarah yang masih duduk dibirai katil tunduk. Sedih hatinya melihat perlakuan Suraya.
“Kak Sue”, lemah suara itu menyebut namanya. Suraya pandang wajah Sarah. Sarah menangis. Dikepalanya terbayang kejadian yang bukan-bukan. Mati ke dia?. Ya Allah!.
Wajah itu kini sudah berubah rupa. Wayar pelbagai warna menghiasi tubuh Zairul. Kepala yang berbalut dipenuhi tompokan darah. Baru sebentar tadi dia dibawa kesini secara rahsia dengan pertolongan Fazil. Dia terpaksa menyembunyikan diri dari di ketahui Najiha dan ibu Zairul. Fazil yang turut datang mencari peluang membawa Suraya masuk untuk melihat Zairul. Mujur keadaan tidak sepayah mana yang disangka kerana Zairul tidak di jaga oleh Najiha mahu pun ibunya. Fazil ada diluar bilik mengawasi keadaan, mana tahu kalau tiba-tiba Najiha datang menjenguk. Sarah hanya berdiri di penjuru katil menemani Suraya. Perlahan dihampiri Zairul yang masih melelapkan mata. Tenangnya wajah Zairul dengan nafas yang dihembus perlahan. Suraya sebak....di usapnya jemari Zairul yang dipenuhi kesan calar akibat ditimpa cermin kereta yang pecah. Wajah itu dipandang puas-puas.
“Maafkan saya Zairul..saya tahu awak kecewa kerana saya tapi apa lagi yang boleh saya buat melainkan ini. Menyakitkan hati awak dan mewujudkan benci dalam diri awak”, suara terhenti. Diseka air mata yang mengalir. Biarlah Sarah menanggap dirinya kurang sihat kerana bercakap dengan orang yang tidak sedarkan diri. Walaupun Zairul tidak mampu mendengarnya, dia pasti Zairul mampu merasakan kehadirannya.
“Biarlah saya mengalah kalau ini jalan yang paling baik untuk awak dan saya. Awak ditakdirkan untuk Najiha dan saya pula untuk Faizal”, ditariknya nafas yang tersekat.
“Memang dulu antara Faizal dengan saya tak punya apa-apa perasaan tapi saya tak boleh menipu diri saya...saya juga sayangkan dia walaupun dia tak pernah tahu...awak dengar tak Zairul?”.
“Semenjak awak meninggalkan saya hanya Faizal yang saya ada..hanya Faizal tempat saya mengadu sedih pilu saya. Saya ingatkan saya boleh berpura untuk tidak menyintai Faizal tapi saya salah...saya kalah dengan perasaan sendiri lebih-lebih lagi bila saya tahu antara awak dengan saya memang tak ditakdirkan bersama”, Direnungnya wajah Zairul.
“Saya dah tak mampu bercinta lagi dan biarlah saya berserah begini. Andai Faizal tak menerima saya dalam hidupnya...saya masih mampu hidup sendiri”, ditariknya selimut yang menutupi tubuh Zairul separas pinggang. Zairul masih lagi kaku.
“Zairul...kalau memang jodoh awak bersama saya ...insya allah kita bertemu juga”
Sarah hanya mampu memandang. Setitis air matanya jatuh menimpa tangan. Dia sedar dengan kesedihan yang ditanggung Suraya. Along dah ceritakan segalanya termasuklah tentang surat perjanjian pertunangan antara Suraya dengan Faizal. Semalam dia nampak Suraya membakar cebisan kertas selepas Zairul pulang. Sarah memandang Suraya yang dari tadi menatap wajah Zairul. Kasih Suraya pada Zairul tak pernah hilang seperti empat tahun yang lalu. Hadirnya Zairi juga tak mampu mengubah kasih Suraya untuk Zairul. Walaupun hadirnya Zairul dalam hidup Suraya cuma seketika tapi kasih mereka seperti dah bertahun lamanya. Begitulah hebatnya cinta yang tak kenal erti masa, tak boleh dikira berapa lama ia dimiliki. Jika perasaan itu sudah di anugerahkan tiada siapa yang mampu menipu diri sendiri. Tapi apa lagi yang kakaknya boleh lakukan selain dari melupakan segala kasih yang tak pernah mampu jadi milik kakaknya. Sarah tarik nafas dan dilepaskan perlahan. Kalau bukan kerana Zairul sepupu kepada suaminya Fazli, tentu mereka tidak bertemu lagi dan tentu keadaan sebegini tak akan terjadi.
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment