Kertas dihadapannya digenggam kuat-kuat. Rasanya ini kali ketiga Zairi berhenti kerja tanpa sebab. Bukan pernah minta pendapat, buat keputusan main ikut sedap rasa je. Apa gunanya aku sebagai teman wanita dia. Suraya ketap bibir. Zairi dihadapannya terasa kecil pada kaca matanya.
“Awak marah ke?”, tanya Zairi. Suraya mengeleng kepala. Kalau marah pun tak guna, kau tetap buat juga.
“Habis tu sekarang ni awak nak buat kerja apa pula?”, Zairi diam. Rokok ditangan dihisap tenang.
“Saya ambil sub kontrak kat Perlis. Satu projek boleh dapat $2000. Saya dapat tiga projek. Cuba awak kira berapa dapat?”,
“Tapi awakkan baru je kerja kat kilang tu. Kenapa tiba-tiba berhenti?”,
“Leceh la kerja kilang ni. Saya bukan suka sangat kerja makan gaji ni. Buat sakit hati je tengok perangai orang”,
“Tapi kerja kilang tu bukannya teruk sangat. Bulan-bulan dah gerenti awak dapat gaji. Kalau awak buat projek tu mana tau payment tak dapat. Apa nak jawab?”,
“Belum cuba belum tahu. Awak ni cepat sangatlah give up”, Zairi tersengih.
“Bukan give up tapi kalau asyik kerja lepas tu berhenti bila awak nak kumpul duit?”,
“Nanti saya kumpul la takkan itu pun awak nak marah”, Suraya ketap bibir. Nak kumpul konon tapi sampai kehari ni duit simpanan pun tak nampak hasilnya. Gaji yang ada hilang macam tu saja.
“Berapa lama awak kat Perlis?”,
“Tak tau, sampai projek habis la”, Suraya memandang laut yang berombak. Entah macam mana lagi nak dinasihatkan Zairi. Bertahun dia bersama lelaki itu, bertahun juga dia menelan rasa tak puas hati dengan sikap Zairi. Kasih yang dipupuk bertahun dulu kini terasa semakin pudar. Persefahamam antara mereka semakin kurang. Buat la apa kau nak buat...aku dah tak ambil peduli. Gomel Suraya dalam hati.
Baju yang baru kering dilipat kemas-kemas. Sunyinya bila Aina kerja shif malam. Tinggal la aku sorang-sorang. Zairi pula dah sebulan tak hantar khabar. Entah bila lelaki itu akan pulang kesini.Matanya masih terlekat pada skrin tv 21 inci. Siaran hari ahad tak menarik perhatiannya. Telefon berdering.
“Suraya ada?”, suara di hujung talian menerjah gegendang telinganya.
“Suraya cakap”, Suraya senyum. Dia kenal dengan suara itu. Zairul!.
“Ha, awak free tak sekarang ni?”, Suraya toleh pada pakaian yang masih belum dilipat.
“Free, kenapa?”, Suraya kehairanan.
“Awak keluar sekarang boleh. Saya tunggu kat depan BSN”,
“Awak kat mana ni?”, soalnya lagi.
“Kat area rumah awak la ni. Keluar tau, saya bagi masa 10 minit”, Klik. Belum sempat Suraya bertanya gagang dah diletakkan. Apa Zairul buat kat sini?. Dia kerja sini ke?. Pantas Suraya berlari kedalam bilik. Seluar track yang dipakai dilucutkan dan diganti dengan jeans. Argh! Baju t-shirt ni pun ok lah. Dibelek seketika wajah pada cermin. Bedak disapu ala kadar. Lipstik?. Tak payahlah dah malam bukan nampak pun. Suraya dah terpacak depan BSN. Mana Zairul ni?. Suraya tepuk dahi. Muka dia macam dulu lagi ke?. Kalau dah berubah macam mana?. Macam mana aku nak kenal dia?. Mamat ni pun satu tak bagi tahu dia pakai baju apa. Ish! Dia kenal aku lagi kot?.
“Dah lama tunggu?”, Suraya tersentak. Lelaki bertopi dengan tshirt biru menegurnya. Terbit senyum dibibirnya. Suara yang sama, wajah yang sama. Zairul masih sama seperti dulu. *****a rambutnya panjang diikat. Nampak lebih matang. Mereka berjalan kearah sebuah gerai yang berdekatan.
“Awak dah berpunya?”, Zairul memula bicara. Suraya angguk kepala. Zairul diam.
“Awak?”, tanya Suraya pula.
“Macam saya ni la siapa la yang nak”, suara Zairul sedikit layu. Suraya tersenyum.
“Elee ni mesti awak jual mahal ni”, Zairul ketawa.
Tapi ketawa itu hanya wujud dibibir. Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Hajatnya bertemu Suraya hanya kerana dulu ada perasaan yang tersimpan kemas dihatinya. Tapi bila jawapan itu yang diberi, hatinya hancur luluh. Sesekali dia mencuri pandang pada Suraya. Gadis itu masih tak berubah. *****a pipinya sedikit berisi. Lebih putih dari dulu. Kalau boleh nak digenggam jemari Suraya ketika tersentuh lengannya sewaktu melintas jalan tadi. Kalau boleh nak diselak rambut yang dimainkan angin malam didahi Suraya. Nakal betul angin ni. Zairul tersenyum sendiri. Hajat itu hanya tersimpan dalam hati dan tak mungkin dilakukan kerana gadis dihadapannya sekarang milik orang.
Sebaik kakinya memijak jalan raya, nun diseberang jalan Zairul melambai ke arahnya. Disebelah Zairul seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an turut tersenyum. Semalam Zairul tiba-tiba menelefonnya mengajak dia kesini. Bumi Melaka negeri kelahiran Zairul. Tanpa banyak soal dia menerima pelawaan Zairul. Suraya memandang sekilas bangku di perhentian bas. Disinilah aku menunggu Zairul dua tahun yang lalu. Dia senyum sendiri.
“Awak ingat lagi tak tempat ni?”, Zairul bersuara sebaik kaki mereka melangkah masuk ke dalam restoran KFC. Suraya angguk. Mana aku boleh lupa restoran KFC ni. Tempat kita mula-mula berdating.
“Kat sini la tempat kita orang mula-mula makan”, Zairul bercerita pada Yazid yang terpinga kehairanan.
“Dah lama kenal Zairul?” Yazid bersuara sebaik saja Zairul bangun pergi mengambil pesanan. “Dah lama tapi jarang jumpa”,
“Zairul tak pernah cerita dengan abang pun pasal Suraya”. Suraya senyum. Buat apa bercerita kalau dia dan aku *****a ada kisah lama.
“Saya dengan Zairul *****a kawan baik je”, jawabnya perlahan. Yazid mengerut dahi memandang Suraya untuk mendapatkan kepastian.
“Abang tak caya lah”, Suraya menjungkitkan bahu. Terpulang!.
“Suraya dah kahwin?”, Yazid bertanya lagi. Suraya geleng kepala.
“Dah tunang?”, Suraya geleng lagi sambil tersengih. Geli hatinya dengan soalan Yazid. “Zairul ada bagi tahu yang dia baru putus tunang?”, Suraya menggeleng. Wajahnya berubah. Zairul dah pernah bertunang!!. Kenapa dia tak pernah bercerita pasal ni. Air wajah Suraya yang tadi ceria keruh tiba-tiba.
“Tadi masa dia ajak abang jumpa Suraya. Abang ingat mestilah kawan dia tu lelaki. Tapi tak sangka pulak perempuan”,
“Kenapa pulak?”, Suraya kehairanan.
“Sejak dia putus tunang, dia tak pernah keluar dengan mana-mana perempuan. Sebut pun tak pernah. Itu yang bila dia ajak jumpa Suraya, abang terkejut. Zairul tu susah sikit nak dekat dengan perempuan, dia tu pemalu”,
“Pemalu?”, Suraya geleng kepala ketawa. Aku tengok Zairul tu macam muka tak tahu malu ada la.
“Dia dah biasa dengan Suraya memang la tak ada pemalunya. Tapi terus terang abang cakap dia memang susah nak rapat dengan perempuan”, Suraya *****a tersenyum mendengar cerita Yazid.
“Abang tanya satu soalan boleh?”, Suraya angguk.
“Dah lama kawan tak ada ke perasaan lain?”, Suraya ketawa.
“*****a kawan je tak lebih dari itu”, Yazid geleng kepala. Diusap janggutnya yang sejemput. Suraya angkat kening. Kalau aku ada perasaan pun bagaimana pulak dengan Zairul. Dia ada perasaan macam tu ke untuk aku?
“Abang dulu pernah berpisah dengan wife abang dua tahun. Lepas tu jumpa balik. Agaknya memang jodoh abang dengan dia. Abang tak tunggu lama terus masuk meminang dia. Abang tak nak dia hilang sekali lagi”,
“Anak dah berapa?”, tanya Suraya, dia semakin berminat kisah hidup Yazid.
“Seorang je, tak lama lagi keluar lagi seorang”, Yazid tersengih.
“Dah berapa lama kahwin?”, soalnya lagi. “Anak yang sulung dah lima tahun. Maknanya dah tujuh tahun agaknya la. Kalau Zairul kahwin dah tentu ada anak seorang sekarang. Betul tak Rul?”. Disiku Zairul disebelah.
“Apa aku pulak ni?”, Yazid ketawa mengekeh.
Dijeling Suraya dihadapannya yang sedang menyedut minuman dengan tenang.
“Bila lagi nak bawa Suraya jumpa family kau”,
Zairul terbatuk. Cepat-cepat disedut coca cola untuk melegakan tekak. Yazid menepuk bahunya. “Dia kawan aku la”,
“Kawan ke?. Suraya dah ada pakwe tapi belum bertunang kan?”, Suraya angguk. Dia hanya menjadi penonton melihat perbualan Zairul dan Yazid.
“Dah ada pakwe belum tentu dia akan kahwin dengan pakwe dia”,
“Kau gila ke Yazid”, Yazid ketawa lagi. Zairul bangun pergi mengambil tisu. Suraya yang menyedari maksud kata-kata Yazid mula tak senang duduk.
“Suraya anak keberapa?”, soal Yazid menyambung perbualan yang terhenti.
“Tiga”, persoalan Yazid dijawabnya sepatah.
Suraya nombor tiga. Kau Rul nombor dua. Orang tua-tua kata kalau nombor dua dengan nombor tiga bertemu memang serasi. Sebab dua tu unsur air dan tiga tu unsur tanah. Kalau bercampur dua tu mesti boleh serasi”, Suraya diam. Dia hanya mendengar Yazid bercerita.
Sesekali matanya dikerling pada Zairul yang turut menjadi pendengar setia cerita Yazid.
“Betul ke macam tu?. Kau saja buat cerita kot”, Zairul menyampuk.
“Betul, buat apa nak reka-reka. Ini cakap orang tua-tua . Contoh la kan kalau kau kahwin dengan Suraya, gerenti boleh bahagia sebab unsur kau berduakan serasi”,
“Itu orang yang bercakap. Serasi ke tak tu hati masing-masing”, Yazid tersengih. Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan perasaan.
“Abang bukan nak puji Zairul ni. Tapi kalau Suraya kahwin dengan dia abang jamin Suraya bahagia sebab Zairul ni baik. Susah nak cari orang macam dia ni”, Yazid kembali bersuara menghidupkan suasana yang sepi.
“Jangan dengar cakap Yazid ni dia memang suka buat cerita”, Zairul mencelah.
“La..kau tengok. Aku cakap yang betul ni. Bila lagi Rul. Aku tengok Suraya ni pun tak ada cacat cela. Semua cukup. Apa yang kau nak lagi”,
“Apa yang kau mengarut ni Yazid”, Zairul bangun lagi menuju pula ke sinki mencuci tangan. Yazid hanya ketawa manakala Suraya terpaku mendiamkan diri. Terasa mukanya panas berbahang.
“Saya nak pergi main bola. Awak duduk rumah abang Yazid. Nanti petang saya datang hantar awak balik”, Suraya mendengus. Pesanan Zairul ditelannya dalam ngomelan. Janji boleh tengok alih-alih tak boleh pulak.
“Kan ke semalam awak janji saya boleh pergi?”, Suraya mengingatkan Zairul.
“Itu semalam. Hari ni tak boleh”, Zairul menggeleng sambil menoleh pada Suraya ditempat duduk belakang. Mereka hanya berdua didalam kereta manakala Yazid keluar sekejap bertemu kawannya.
“Kenapa tak boleh?, saya nak tengok je”,
“Jangan la degil. Duduk je kat rumah. Lepas main saya janji datang ambil awak”,
“Saya nak tengok jugak”, Suraya seakan merayu. “Tak boleh”, jawab Zairul perlahan.
“Kenapa?”, Suraya bertanya untuk dapatkan kepastian.
“Nanti awak ada saya tak boleh main”, perlahan Zairul menjawab tapi jelas dapat didengari dek Suraya. Suraya tepuk dahi. Aku bukan nak buat kacau *****a nak tengok je. Tak paham aku dengan Zairul ni.
“Nak pergi juga”, Suraya mendesak lagi. “Ok-ok...macam ni lah...kalau Yazid masuk dalam kereta ni bermakna awak tak boleh pergi”, “Mana boleh tak adil”, Pantas dicubit lengan Zairul seraya melihat Yazid datang kearah kereta untuk memandu pulang. Zairul ketawa mengekeh melihat wajah Suraya masam mencuka.
“Apalah salahnya dia tengok bola tu sekejap”, Yazid kehairanan.
“Aku kata tak boleh la. Bapa dengan adik aku ada kat sana”,
“Ha! lagi la elok boleh kenal-kenalkan kat dia orang”, Yazid geleng kepala. Suraya nak tengok bola pun Zairul tak izinkan. Bukannya Suraya tu pasukan lawan ke apa ke yang dia beriya-iya sangat tak bagi datang. Ish! Tak paham aku.
“Sue, nanti ikut abang bawa pergi tengok bola tu”, Suraya sedikit melonjak gembira. Anak sulung Yazid dipangku atas riba. Zairul menjeling kearahnya. Kita nak tengok je la bukan nak kacau awak. Wekk! Suraya jelir lidah.
Keluar dari bilik, Hasnah isteri kepada Yazid, memanggilnya kemeja makan.
“Kak Nah tak makan sekali?”, tegur Suraya bila melihat hanya sekeping pinggan tersedia di atas meja makan.
“Makan la akak dah makan tadi”, Hasnah yang sedang sarat mengandung menatang semangkuk air pencuci tangan. Ditarik kerusi duduk dihadapan Suraya. Dengan penuh tertib lauk dicedok ke dalam pinggan, lantas nasi disuap perlahan ke dalam mulut.
“Rul dah bawa Sue jumpa mak dia?”, Suraya tersedak. Terasa ada benda yang tersekat dikerongkongnya. Pantas dicapai air yang dihulurkan Hasnah.
“Saya *****a kawan je kak”, Hasnah menggeleng. Budak-budak muda sekarang semua dah pandai berlakon. Dah rapat macam tu pun masih nak nafikan berkawan. Baru tadi dia ternampak Zairul mencuit hidung Suraya ketika Suraya menghantar Zairul dimuka pintu rumahnya. Zairul pulang sebentar kerumahnya dan akan kembali semula kesini untuk mengambil Suraya.
“Ibu..ibu”, Anak sulung Hasnah berlari-lari ke arah ibunya sambil memegang sekeping gambar. “Ibu ini Cik Rul”, jari comel itu menunjukkan gambar Zairul berpakaian bola. Suraya curi pandang.
“Tunjuk kat Cik Sue gambar siapa tu?”, Aiman menghulurkan gambar pada Suraya.
“Ini Cik Rul”, mulut comel itu berkata. Suraya tersenyum. Diusapnya kepala Aiman.
“Yang ni siapa?”, Hasnah menuding jari pada Suraya.
“Ini awek Cik Rul”, sekali lagi Suraya tersedak. Disuap nasi selaju yang boleh. Tak dipedulikan renungan Hasnah pada dirinya. Dia sedar ahli rumah ini sedang keliru tentang hubungannya dengan Zairul.
Suraya melambaikan tangannya pada Kak Hasnah dan Abang Yazid yang berdiri di pintu pagar rumah mereka. Suraya tersenyum. Dia gembira sekali dapat berkenalan dengan pasangan suami isteri itu. Melayan gelagat anak sulung mereka, Aiman yang semakin lasak sedikit sebanyak membantu dia melarikan diri dari persoalan Kak Hasnah. Ditoleh pada Zairul yang tenang memandu.
“Saya rasa la kan, Abang Yazid dengan Kak Hasnah dah salah anggap pasal kita. Ada ke kita dikatanya pakwe makwe. Nasib la Aiman ada, dapat jugak saya larikan diri sebab Kak Hasnah suka soal macam-macam pasal awak dengan saya”, Suraya ketawa. Teringat dia peristiwa sewaktu dimeja makan bersama Kak Hasnah.
“Saya rasa elok kita berkawan sampai sini saja”, Senyum yang tadi menghiasi bibir Suraya hilang tiba-tiba.
“Kenapa?”, dahinya berkerut, hairan dengan kata-kata Zairul.
“Awak kepunyaan orang. Tak baik keluar dengan lelaki lain. Nanti apa teman lelaki awak cakap”,
“Dia tak tahu semua ni”, pantas Suraya memotong percakapan Zairul. Dirasakan perbualan antara mereka terasa ada sedikit kelainan.
“Elok la dia tak tahu tapi sebelum dia tahu elok kita hentikan hubungan ni. Saya tak nak awak jadi mangsa keadaan besok”, Suraya mengerutkan dahi. Kenapa ini yang dia dapat sedangkan hubungan yang dulu hilang baru nak berputik semula. Dipandang wajah Zairul disebelah. Wajahnya yang sedikit kelam dek cahaya malam tapi jelas dimatanya lelaki itu serius dengan apa yang dikatakannya.
“Kita kan kawan?”, Suraya cuba mengubah suasana perbualan.
“Memang kita berkawan dan saya tak nak dari kawan tu jadi lebih dari yang kita sangka”, Suraya terdiam. Jawapan Zairul sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan dalam dirinya.
“Apa maksud awak?’, Zairul diam. Dia cuba mencari ketenangan untuk memulakan bicara.
“Awak boleh tengok apa yang Yazid dan Kak Hasnah cakap pasal kita kan. Awak boleh nilai sendiri”, Suraya terdiam sambil matanya tepat memandang jalan yang gelap.
“Tapi awak juga yang cakap kan. Orang lain *****a boleh memandang, orang tak tahu apa yang kita rasa. *****a kita saja yang tahu apa yang ada dalam hati kita”, Zairul diam. Di iyakan kata-kata Suraya.
“Malam lepas saya bertemu dengan awak, Zairi datang berjumpa saya. Dia dah ceritakan semuanya”, Suraya terdiam.
“Hampir-hampir juga kami nak bertumbuk tapi nasib kawan dia ada menghalang”. Suraya memandang Zairul. Betul ke apa yang didengar? Dia tak pernah menyangka yang Zairi mengekori dirinya.
“Dia sayangkan awak Suraya”, Suraya mengetap bibir. Dia geram dengan tindakan Zairi.
“Awak tahukan Zairul selama ni apa perasaan saya terhadap awak?”, Zairul diam tanpa sebarang reaksi.
“Saya anggap awak kawan saya”, Suraya senyum mengejek. Dia tahu Zairul menipu.
“Tolong jangan menipu diri sendiri. Awak tahu atau memang awak sengaja buat-buat tak tahu” Zairul terdiam. Suraya seolah-olah menyindir dirinya.
“Habis tu awak ingat selama ni saya tak ada perasaan?”, suara Zairul sedikit keras.
“Apa guna perasaan awak tu kalau ada perempuan lain lebih dulu dalam hati awak” perlahan Suraya bersuara. Keadaan sekarang dirasakan semacam tegang.
“So awak nak tahu lah ni apa perasaan saya pada awak?”, Suraya diam bila suara Zairul mula meninggi. Kereta yang tadi laju tiba-tiba perlahan.
Zairul masuk pada satu simpang yang gelap. Bila dah berjalan agak jauh dari jalan besar dimatikan enjin. Lampu kereta ditutup. Suraya gugup. Dipandang sekeliling yang penuh dengan pokok kelapa sawit. Sesekali bunyi unggas menyeramkan perasaannya. Hanya cahaya bulan yang menerangi suasana. Dipandangnya sekeliling yang gelap kemudian matanya bertembung dengan mata Zairul yang asyik memerhatikannya. Suraya mula mengigil. Bermacam persoalan bermain difikirannya. Zairul tersenyum. Dia tahu apa yang sedang bermain dikepala gadis itu sekarang. Zairul mengeluh. Suraya menoleh. Telinganya dapat mendengar keluahan berat yang keluar dari mulut Zairul. Suraya tersentak bila Zairul memegang jemarinya. Pantas disentap tangannya.
“Awak nak buat apa ni?”, Zairul menggelengkan kepala.
“Awak nak tahukan apa sebenarnya perasaan saya?”, Suraya angguk. Lelaki itu menarik jemarinya semula dan mengenggam erat ke dada. Dibiarkan tindakan Zairul.
“Saya menyintai awak sejak mula lagi kita berjumpa. Awak ingatkan?”, Suraya angguk. Terimbas kembali dilayar matanya detik perkenalannya dengan Zairul dirumah Laila.
“Saya ikhlas terhadap awak tapi saya tak mahu terlalu cepat takut dikata gelojoh. Saya cuba rapat dengan awak tapi awak tiba-tiba hilang. Kemana awak?”, Suraya diam. Dia tahu permasalahan ini bermula dengan tindakannya dulu. Perlu ke aku ceritakan pada kau Zairul, bagaimana kecilnya aku pada pandangan mata ibu kau. Bagaimana rendahnya taraf aku sebagai pekerja kilang.
“Tapi betul ke awak pernah bertunang?”. Zairul diam.
“Itu emak saya yang buat pilihan. Saya terima dengan harapan dapat melupakan awak. Tapi sangkaan saya salah. Saya tak boleh berpura-pura menerima dia sedangkan dalam hati saya hanya ada awak’, Hati Suraya tiba-tiba sebak. Nama kau juga tak pernah hilang dari hati aku Zairul. Ternyata kita mempunyai perasaan yang sama, *****a keadaan yang berbeza menghalang perasaan kita.
“Dua tahun saya cari awak. Dua tahun saya simpan rasa dalam hati saya. Bila dah dapat berjumpa awak harapan saya agar dapat memiliki awak semula. Tapi apa yang saya dapat?”, Suraya tunduk.
“Saya sayangkan awak Suraya. Terlalu menyayangi awak, tapi ada orang yang lebih menyayangi awak. Saya terlambat. Saya sedar kehadiran saya dalam hidup awak dah menganggu satu hubungan”,
“Tapi saya ....”, ayatnya mati di situ bila jari Zairul menyentuh bibirnya.
“Syhhh!!!”, Zairul mengarahkannya untuk tidak bersuara.
“Saya tahu apa yang awak rasa. Dan demi saya, awak balik lah pada teman lelaki awak”, Suraya menggeleng kepalakan. Bibirnya terkunci. Air matanya mula bergenang. Kau tak tahu apa yang terjadi antara aku dengan Zairi sekarang.
“Saya faham dan saya terima kehendak takdir hubungan kita sampai di sini”. Suraya geleng lagi. Dia tak sanggup kehilangan Zairul untuk kali kedua.
“Tapi janji kita masih kawan lagi kan?”, bergetar suaranya menahan sebak yang semakin memenuhi jiwa. Zairul angguk. Tapi hakikat yang ada dalam hati lelaki itu dia mahu jauh dari Suraya. Jauh dari hidup dan hati gadis itu.
“Saya terlalu sayangkan awak”, Perlahan-lahan ubun-ubun kepala gadis itu dikucup. Air mata Suraya jatuh satu persatu. Dia tahu Zairul berbohong. Selepas ini pasti lelaki itu akan lari dari hidupnya. Pasti lelaki itu pergi jauh dari sisinya. Dia menangis semahu-mahunya.
Thursday, July 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment